Pusat Internet 1 Malaysia Felda Air Tawar 1 (dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Air Tawar 1) adalah antara projek yang terawal (Fasa Rintis) di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PI1M telah dibina pada tahun 2007. Dilengkapkan dengan 19 unit komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada komuniti Felda Air Tawar 1 dan sekitarnya.Pusat Internet 1Malaysia Felda Air Tawar 1 juga menawarkan latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di PI1M tersebut.