| TARIKH/HARI: | 10 APRIL 2026 (JUMAAT) |
| MASA: | 3:30 PETANG |
| TEMPAT: | NADI FELDA AIR TAWAR 1 |
TUJUAN:
Memahami punca konflik dalam pasukan e-sukan
Memberi pendedahan tentang faktor yang menyebabkan konflik seperti komunikasi lemah, perbezaan pendapat, dan tekanan semasa permainan.
Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan
Melatih ahli pasukan untuk berkomunikasi secara jelas, hormat dan profesional semasa latihan dan pertandingan.
Mempelajari teknik pengurusan konflik
Memperkenalkan strategi seperti rundingan, toleransi, dan penyelesaian masalah secara matang.
AKTIVITI:
Perbincangan Kumpulan
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil menggunakan breakout room untuk membincangkan punca konflik dalam pasukan e-sukan. Setiap kumpulan mencatat hasil perbincangan dalam dokumen bersama (contoh: Google Docs/Jamboard).
Lakonan Semula
Wakil kumpulan melakonkan situasi konflik secara ringkas melalui video/mikrofon. Murid lain memberi cadangan penyelesaian melalui chat.
