Nasi lemak buluh ni sangat ‘special’ sedikit daripada nasi lemak biasa, nasinya dimasak didalam buluh dengan cara kukus. Setiap set akan dapat 1 keratan nasi lemak buluh, ayam goreng, rendang daging, & sambal. Sangat enak rasanya. Waktu perniagaannya bermula dari 5.30 petang.
Lokasinya berada di tepi jalan besar simpang masuk Felda Air Tawar 1. Jika anda dari Bandar Kota Tinggi, Setelah sampai Air Tawar 1, kedainya berada di sebelah Kiri jalan besar.