Persediaan Sebelum Kembali Ke Sekolah
Tahun 2015 hampir menutup tirai dan 2016 mula menjengah. Berbaki beberapa hari lagi sebelum sesi persekolahan bermula, adalah penting untuk adik-adik bersedia mental dan fizikal untuk kembali ke sekolah selepas puas menghabiskan cuti bersama keluarga. Berikut merupakan senarai tugasan yang perlu adik-adik ambil perhatian sebelum kembali ke sekolah.
1. Tanggungjawab terhadap barang-barang sekolah.
Yuran sudah dibayar bukan? Hargailah setiap sen yang digunakan oleh ayah adik-adik dengan menjaga barang sekolah yang beliau belikan. susun buku adik-adik dengan teratur. Rasanya, sudah tiba masa adik-adik menyediakan jadual belajar dan beberapa azam / pencapaian yang ingin adik-adik peroleh pada tahun 2016.
2. Bersedia untuk bergaul dengan kawan-kawan baru.
Sekolah merupakan tempat menuntut ilmu. Kemahiran berkomunikasi juga merupakan salah satu cabang ilmu yang adik-adik boleh perolehi apabila berapa di sekolah. Terapkan nilai-nilai positif seperti saling membantu, bertolak-ansur dan murah senyuman dalam diri adik-adik. Nilai positif ini bukan saja membantu adik-adik apabila di sekolah kelak, malahan juga mesti dipraktikkan apabila adik-adik di rumah.
3. Buat rujukan tentang pelajaran yang bakal diajar.
Ulangkaji pelajaran tahun ini dan cuba ambil tahu tentang matapeplajaran yang bakal diajar pada tahun hadapan. Sekurang-kurangnya adik-adik habiskan saki-baki hari 2015 dengan aktiviti membaca.
4. Urus kewangan dengan baik.
Berjimatlah dalam berbelanja. Gunakan peralatan tahun lepas sekiranya peralatan tersebut masih dalam keadaan yang baik. Anak yang baik tidak akan membebankan ibu bapanya bukan?
gambar hiasan